Followers

Sunday, April 29, 2007

Cendawan lagi....

Fakta

  • 100 gram cendawan basah mempunyai kandungan air 89.2%, karbohidrat 4.1%, protein 3.6%, serat 1.8% & Lemak 0.7%
  • Mengandungi protein, vitamin dan zat galian seperti kalium dan posforus yang penting untuk kesihatan badan.
  • Hasil pertama boleh dituai selepas tiga bulan
  • Harga sekilo cendawan mencecah RM8 sekilogram.
  • Bongkah cendawan yang tidak mengeluarkan hasil boleh dijadikan baja kompos.

Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial. Ada pelbagai jenis cendawan diusahakan oleh penanam cendawan iaitu tiram kelabu, tiram putih, telinga kera, abalone, ling zhi (tumpuan blog ini), bunga kobis dan butang yang sentiasa mempunyai pasaran di negara ini.

Ciri-ciri penting penghasilan Ganoderma yang berkualiti tinggi

  • Cuaca Yang Sesuai - persekitaran yang panas dan lembap, di mana suhu di antara 26oC hingga 27oC
  • Air Yang Bersih - di mana pH kekal di antara 7 hingga 7.9.
  • Udara Yang Segar - ladang ini terletak jauh daripada kawasan penginapan dan kawasan pencemaran untuk memastikan produk bebas daripada toksin
  • Penanaman Organik - bahan-bahan semulajadi seperti sekam padi dan gentian kayu menggantikan penggunaan baja tradisional, racun serangga dan hormon. Kaedah ini membekalkan 200 elemen utama dan sampingan termasuk enzim, ko-enzim, asid amino, vitamin, karbohidrat dan elemen yang dapat memelihara kualiti, kuantiti, pertumbuhan tanaman dan berupaya menentang serangga perosak.
  • Kaedah Pembiakan Tisu - satu juta keping Ganoderma dihasilkan daripada satu pucuk pokok ibu yang berkualiti tertinggi
  • Kaedah "Suspension Arrangement" - digunakan untuk mengelakkan Ganoderma daripada menyerap kandungan-kandungan yang tidak diingini bagi memastikan pertumbuhan dan kualiti Ganoderma terjamin.

Ketika ini, ramai yang beranggapan proses menanam cendawan amat rumit, tetapi sebenarnya ia mudah serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip. Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu blok cendawan boleh dituai hasilnya sehingga enam kali dalam tempoh empat bulan. Tidak ada langsung bahan atau baja kimia digunakan di sepanjang proses penanaman cendawan menyebabkan cendawan sentiasa menjadi pilihan sbg Bahan Perubatan, Kosmetik, Barangan Keperluan Harian dan digunakan dalam masakan.

Sekian..jumpa lagi dlm coretan akan datang...

p/s : sape yg minat nak jadi penanam cendawan, kalau nak jadi pengusaha kecil modalnya RM 500.00 tapi kalau nak pendapatan sampingan anda memerlukan modal RM 5000.00 dan mampu memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 2000.00 sebulan. Insya Allah..

Maklumat tambahan dipetik dari Berita Harian Sabtu (28 April 2007)

Wednesday, April 25, 2007

Intro.....


Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,

Pasti anda semua tertanya-tanya, mengapa blog ini dipanggil cendawan gila? hmm..ini kerana apa yg akan anda lalui dan alami disini selepas ini akan berkisar terhadap cendawan. Mengapa saya memilih cendawan? Ikutilah kisah seterusnya....
Cendawan atau atau nama saintifiknya Ganoderma(lingzhi) merupakan salah satu herba yang munjarab. Ia juga dikenali Raja Herba yang Ajaib kerana kebolehannya menjadi alat penjagaan kesihatan, kecantikan dan seterusnya penawar kepada penyakit, Insya Allah.
Ganoderma Merah mempunyai kesan Terapeutik yang tinggi dan kebanyakan spesis diperolehi dari ganoderma merah menjadikan istilah biasa bagi spesis gano. Terdapat lebih daripada 200 spesis Ganoderma merah dan 6 spesis memberi kesan
Terapeutik yang tinggi.

Sejarah :
  1. 1970 China dan Jepun berjaya menanam Ganoderma di dalam makmal menggunakan "Kaedah Pengasingan Benih"
  2. 1975 Pengeluaran secara komersial di Jepun
  3. 1980 Pengeluaran secara komersial di Taiwan
  4. 1983 Pengeluaran secara komersial di Malaysia..
3 cara penanaman :
  1. Kaedah Pengasingan Benih
  2. Kaedah Tisu Kultur
  3. Kaedah Penanaman Organik.
Setakat ini sahaja pertemuan kita buat kali ini. Bertemu lagi dalam coretan seterusnya.

ps : Badan kita merupakan doktor yang sebaik-baiknya. Kita berupaya untuk memulihkan penyakit dengan sistem ketahanan badan yang semulajadi.