Followers

Monday, December 28, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita????

Salam,
Ahad lepas, aku memandu di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Utara ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, anak sulung aku (eisyia) minta berhenti, untuk membuang air kecil. Kawasan rehat seterusnya ialah Ladang Bikam lebih kurang 1.5km. Tiba di Ladang Bikam, aku pun berhenti.

Aku pun bawa la eisyia (5 tahun) ke toilet. Ramai org rupanya, aku pun suruh dia beratur dan aku menunggu di luar toilet perempuan tu. Di hadapan eisyia ada 2 orang dewasa tgh menunggu turn, semasa menunggu tu, ada lagi 3 orang dibelakangnya. Aku dan pesan padanya, kalau ramai org. kena tunggu dan beratur...ikut giliran. Selepas, habis giliran 2 orang di depan eisyia tu, sepatutnya dia laa yg masuk, tapi tiba-tiba minah kat belakang dia potong line, dia terlopng tgk minah tu....aku cuba bersabar....selepas itu, seorang lagi dewasa dibelakang menerpa masuk tanpa hiraukan anak aku yang tengah beratur. WTF.......aku tension...anak aku pun terus mendapatkan aku....dan dia cakap "kenapa nak kena beratur, org lain tak beratur pun" aku pun jawab..."org tu semua tak sekolah, diorang tak tahu beratur.." aku cukup marah, tapi apa aku boleh buat..pompuan ..takan aku nak pi tumbuk...jadi aku decide bawa anak aku ke gents. Nasib baik tak ramai....

hmm....rupanya ada lagi rakyat kita ni yg tak bertemadun dan berbudi bahasa. aku punya laa nak ajar anak aku supaya ikut peraturan dan jaga adab sopan, org2 yg kat luar tu menunjukkan contoh yang negatif....kalau budak2 boleh laa dimaafkan...ni masing-masing dah dewasa....pikirlaa sikit, apa yg korang buat tu, dilihat dan dijadikan contoh oleh budak-budak di sekeliling....susah sangat ke nak beratur utk masuk ke toilet??

harap-harap yg baca blog ni, tak de yg macam ni, kalau ada..ubah-ubah ler perangai tak senonoh tu.....

santapan rohani - “The best thing to give to your enemy is forgiveness; to an opponent, tolerance; to a friend, your heart; to your child, a good example; to a father, deference; to your mother, conduct that will make her proud of you; to yourself, respect; to all men, charity.”

Sunday, December 27, 2009

Lelaki Cepat Mati......

Salam, haaa..terkejut baca title kat atas tu?? hmm..tapi itulah hakikatnya. Just nak share fakta dan apa yang dah aku baca dalam Metro Ahad hari ni. (27 Disember 2009)

Kesihatan lelaki Malaysia masih ketinggalan berbanding wanita dengan jangka hayat 5 hingga 7 tahun lebih pendek kerana mereka menghidap penyakit kronik lebih awal berbanding wanita.


Dalam semua peringkat umur, lebih ramai lelaki meninggal dunia akibat penyakit jantung, kanser, penyakit paru-paru,strok, komplikasi kencing manis, keganasan dan kemalangan jalan raya berbanding wanita.


2 perenggan yg aku quote diatas sudah cukup menunjukkan yang kaum lelaki cepat mati berbanding wanita. Apa yang ingin aku kongsikan ialah bukan penyebab kematian atau pun cara nak panjangkan umur (sebab aku bukan doktor kesihatan) tapi persediaan kaum lelaki (ketua keluarga, suami dan bapa) jika berlakunya kematian @ diserang penyakit kronik sebelum sempat menunaikan tanggungjawab dan amanah yg dipikul.

Pengalaman aku sebagai Agent Insurans @ Takaful, ramai ketua keluarga, suami @ bapa (Lelaki laa ni) sentiasa mengambil mudah persediaan kewangan. Ramai prospek yg telah aku temui, sentiasa memberikan alasan "nanti dulu", sedangkan sakit kronik dan kematian itu datang tanpa di duga.

Apabila diserang penyakit kronik, kita akan menghadapi beban kewangan. Adakah kita hendak membebankan isteri untuk mencari sumber kewangan untuk merawat penyakit. Jika berlaku kematian pula, adakah kita mati dengan meninggalkan hutang tapi tanpa meninggalkan sumber kewangan yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak meneruskan hidup????

Apa yang perlu kita sentiasa sematkan di hati ialah, apabila matinya seorang lelaki..3 perkara akan hilang.

1. Isteri akan kehilangan Suami
2. Anak-anak akan kehilangan bapa
3. Keluarga akan kehilangan sumber kewangan.

Perkara pertama dan kedua memang tak dapat dibantu. Namun perkara yang ketiga, persediaan boleh dilakukan semasa kita masih bernyawa. Di sinilah fungsi insurans dan takaful itu. Membantu isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Friday, December 25, 2009

Prudential sasar pasaran insurans bumiputera

Oleh Sarah Nadlin Rohim
sarah.rohim@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Prudential Assurance Malaysia Bhd. (Prudential) melihat terdapat peluang yang besar untuk memasuki pasaran insurans bumiputera yang menjadi pasaran utama di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Charlie E. Oropeza berkata, Prudential akan mengambil langkah itu dengan meneruskan pertumbuhan agensi yang merupakan saluran utama untuk pemasaran produk keluarannya.

''Kami mempunyai strategi untuk meningkatkan agensi tersebut dengan menggandakan kekuatan setiap agensi.

''Antara langkah yang akan diambil adalah mempergiat latihan bermula daripada pengetahuan terhadap produk dengan penekanan diberikan kepada perkhidmatan pelanggan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Oropeza, pada masa ini, Prudential memiliki lebih 11,000 agensi dengan 30 peratus daripadanya adalah bumiputera.

''Kami percaya dengan mempunyai kekuatan agensi Prudential dapat menguasai pasaran kerana Malaysia adalah negara pelbagai bangsa dengan 50 peratus daripadanya adalah pasaran bumiputera dan Melayu.

''Kami menyaksikan peluang terdapat di situ. Prudential juga akan sentiasa memastikan agensi terus produktif dan berjaya melalui pengenalan produk berinovatif,'' jelasnya.

Selain itu, Oropeza berkata, Prudential juga sedang mencari rakan strategik berpotensi bukan sahaja dengan pihak bank tetapi juga syarikat besar yang mempunyai pangkalan data yang luas.

''Dengan cara itu, kami boleh mendekati pelanggan dan bakal pelanggan melalui saluran agensi. Kerjasama tersebut adalah melibatkan jualan bersilang produk insurans keluaran Prudential.

''Sebagai contoh, syarikat yang mendapat perhatian kami adalah syarikat telekomunikasi atau televisyen berbayar,'' katanya.

Selain itu, Oropeza berkata, untuk menembusi pasaran bumiputera dan Melayu, agen Prudential boleh berbuat demikian dengan menjual produk konvensional dan takaful.

Produk itu ditawarkan oleh syarikat di bawah satu bumbung Prudential, PruBSN yang berjaya mendapat sambutan menggalakkan.

''Daripada segi produk Prudential akan sentiasa mengeluarkan produk yang memberi nilai tambah kepada pelanggan,'' katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Prudential akan terus mengekalkan pertumbuhan meskipun pasaran berada dalam keadaan tidak menentu berikutan krisis ekonomi yang melanda.

''Apabila pasaran kembali pulih, Prudnetial yakin terdapat banyak peluang untuk kami tumbuh dan kembang.

''Prudential juga akan menaik taraf produk sedia ada selain memperkenalkan produk baru dan tumpuan juga akan diberikan kepada perkhidmatan pelanggan,'' katanya lagi.

sumber Utusan Online

Tuesday, December 22, 2009

New Templete for cendawangila.blogspot.com


Salam,
Since April 2007, cendawangila menggunakan templete "pink" tanpa melakukan apa-apa perubahan. Hari ini, cendawangila membuat sedikit perubahan templete dan berharap dapat membuat perubahan yang lebih baik dari masa ke masa. Harap 'otai' bloggers dah pengunjung-pengunjung dapat memberi comment dan pandangan untuk penambahbaikan page ini.

Sekian, terima kasih.