Followers

Thursday, April 1, 2010

Kena tag!!!! Award





Ha ha ha!!! Dah lama tak ada entry, tiba-tiba kena tagged pulak blog aku ni. Dapat award lak tu...'Beautiful Blogger Award', hmmm...macam ada yg tak kena jer...anyway thanks to tinyhayyzad........

Oleh kerana dah kena tagged, aku merajinkan diri untuk menganugerahkan pula awards ni kepada beberapa blogger lain...Syarat 15 blogger!!! huhu...ramai sangat tu....so aku bagi mana yang termampu ajer lah yer....

Syarat2

1. Thank & link the person that gave you the award.

thanks to tinyhayyzad

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic-

1. eizas
2. suesephia
3. sarahshafie
4. nisanafisa
5. silampuneon
6. maksu
7. Ryehanna

hmmm..cukup laa tu kot..he he he

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award ok..
Alrite..done!

4. State 7 things about yourself

1. Male
2. Age 29
3. Married
4. Have 3 kids
5. loves smell of money..he he he
6. Born in KL
7. I'm Insurance Agent.. :)

Selesai..so for the blogger yg aku dah tagged, jgn lupa ambil award korang yer..he he he

Thursday, January 21, 2010

Prudential tembus pasaran Bumiputera

PRUDENTIAL Assurance Malaysia Bhd (Prudential) menyasarkan untuk meningkatkan penembusan dalam insurans dan takaful bagi pasaran Bumiputera dengan meningkatkan jumlah ejen Bumiputera tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Charlie Oropeza, berkata pihaknya merangka pelbagai strategi untuk menarik pasaran Bumiputera kerana pasaran terbabit luas terutama di kalangan masyarakat generasi muda.

Ketika ini, jumlah ejen Bumiputera Prudential kira-kira 3,000 orang daripada keseluruhan 11,000 ejen seluruh negara.


"Kami akan meningkatkan jumlah mereka bagi membantu kami menembusi pasaran Bumiputera pada masa depan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan 'Adam's Number' yang memfokuskan kepada pelan persaraan Prudential di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jenama dan Komunikasi, Fiona Liao. Kempen bagi pelan persaraan Prudential dimenangi How Chee Kong.

Menurutnya, hala tuju strategi utama Prudential ialah untuk menembusi pasaran Bumiputera pada tahun ini.

"Ketika ini kami menambah bilangan ejen Bumiputera supaya mereka boleh menembusi segmen pasaran itu," katanya.

Beliau berkata, Prudential optimistik dengan unjuran masa depan dan yakin ia boleh dikembangkan tahun ini berdasarkan peningkatan pada pasaran Bumiputera yang berjaya dicapai pada tahun lalu.

sumber Harian Metro

Saturday, January 16, 2010

We Understand, We Care


Takafulink, Pelan Takaful yang komprehensif untuk anda.
Pelan 3 dalam 1


Perlindungan

* Kematian/ Lumpuh Upaya Kekal
* 36 Penyakit Kritikal
* Kemalangan (Mati/lumpuh upaya kekal)
* Elaun MC (Kemalangan)
* Caruman percuma
* Khairat kematian
* Perlindungan fleksible, boleh tambah atau kurangkan manfaat mengikut keperluan anda.

Simpanan

* Tiada tempoh matang
* Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan anda selepas baki simpanan melebihi RM4000
* Pulangan Pelaburan yang tinggi antara 9% hingga 11%
* Pelaburan berterusan secara automatik sekiranya menghidap penyakit kritikal
* Tiada caj pengeluaran
* Bagi akaun pendidikan, simpanan ini boleh digunakan sebagai persediaan untuk masuk ke Universiti.

Perubatan
* Bayaran bil hospital antara RM500,000 hingga RM1,500 000
* Bonus antara RM100 hingga RM500 jika tiada tuntutan pada tahun semasa
* Bayaran terus ke lebih 50 hospital panel di Malaysia
* Perlindungan perubatan dalam dan luar negara
* Elaun Hospital sehingga RM400/hari
* Elaun ICU RM100/hari
* Elaun bedah sehingga RM2,500 bagi setiap prosedur pembedahan.


Untuk maklumat lanjut ada nasihat rundingan hubungi 019-2666654 (Fadli)
dan jika anda ingin dapatkan sebut harga, isikan maklumat anda di kotak sebelah kanan blog ini.

Sekian, terima kasih

Renungan : "Buy insurance when you don't need it because when you need it, you can't buy"

Sunday, January 10, 2010

my daily commitment



As of today, I will begin a new life. Today I will throw off my old skin that has too long, suffered the pain of the bruises of failure, and the wounds of mediocrity.

Today my old skin has gone to the dust. I will walk tall and proud among men and they will not know me because today I am a new man, with a new life.

I was not delivered into this world in defeat, nor was failure made part of my life. I am not a sheep just waiting to be prodded by the shepherd. The slaughterhouse of failures is not my destiny.

So long as I live, I will strive, and strive and strive again. Each obstacle I will consider it as a mere detour to my goal and a challenge to my profession.

I will persist and develop my skill by learning to ride out the wrath of each storm.So long as there is breath in me, that long will I persist

I KNOW I WILL WIN UNTIL THE END!!!!!

Monday, December 28, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita????

Salam,
Ahad lepas, aku memandu di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Utara ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, anak sulung aku (eisyia) minta berhenti, untuk membuang air kecil. Kawasan rehat seterusnya ialah Ladang Bikam lebih kurang 1.5km. Tiba di Ladang Bikam, aku pun berhenti.

Aku pun bawa la eisyia (5 tahun) ke toilet. Ramai org rupanya, aku pun suruh dia beratur dan aku menunggu di luar toilet perempuan tu. Di hadapan eisyia ada 2 orang dewasa tgh menunggu turn, semasa menunggu tu, ada lagi 3 orang dibelakangnya. Aku dan pesan padanya, kalau ramai org. kena tunggu dan beratur...ikut giliran. Selepas, habis giliran 2 orang di depan eisyia tu, sepatutnya dia laa yg masuk, tapi tiba-tiba minah kat belakang dia potong line, dia terlopng tgk minah tu....aku cuba bersabar....selepas itu, seorang lagi dewasa dibelakang menerpa masuk tanpa hiraukan anak aku yang tengah beratur. WTF.......aku tension...anak aku pun terus mendapatkan aku....dan dia cakap "kenapa nak kena beratur, org lain tak beratur pun" aku pun jawab..."org tu semua tak sekolah, diorang tak tahu beratur.." aku cukup marah, tapi apa aku boleh buat..pompuan ..takan aku nak pi tumbuk...jadi aku decide bawa anak aku ke gents. Nasib baik tak ramai....

hmm....rupanya ada lagi rakyat kita ni yg tak bertemadun dan berbudi bahasa. aku punya laa nak ajar anak aku supaya ikut peraturan dan jaga adab sopan, org2 yg kat luar tu menunjukkan contoh yang negatif....kalau budak2 boleh laa dimaafkan...ni masing-masing dah dewasa....pikirlaa sikit, apa yg korang buat tu, dilihat dan dijadikan contoh oleh budak-budak di sekeliling....susah sangat ke nak beratur utk masuk ke toilet??

harap-harap yg baca blog ni, tak de yg macam ni, kalau ada..ubah-ubah ler perangai tak senonoh tu.....

santapan rohani - “The best thing to give to your enemy is forgiveness; to an opponent, tolerance; to a friend, your heart; to your child, a good example; to a father, deference; to your mother, conduct that will make her proud of you; to yourself, respect; to all men, charity.”