Followers
Wednesday, October 15, 2008
Saving: Prucash Premier
Simpanan maksimum, ganjaran maksimum
Bukankah elok menambahkan simpanan anda menjadi sejumlah wang yang banyak? Wang yang boleh anda gunakan untuk melabur untuk mencapai impian dan aspirasi anda, menyumbang dengan lumayan kepada dana persaraan anda ataupun membantu memberi anak-anak anda permulaan kewangan yang teguh dalam hidup mereka? Bagaimana kalau anda juga dapat menikmati pembayaran tunai tetap sebagai ganjaran kerana rajin menyimpan?
Memperkenalkan PRUcash premier – pelan yang memberi bayaran tunai sekali gus apabila matang dan pembayaran terjamin di antara tempoh tersebut. Dengan PRUcash premier, anda hanya perlu membayar premium untuk tempoh masa yang terhad bagi menikmati manfaat-manfaatnya. Inilah pelan yang dapat membantu memanfaatkan sepenuhnya simpanan anda, di samping memberi ganjaran kepada anda.
Manfaat
Pembayaran tunai tahunan yang TERJAMIN
PRUcash premier memberikan pembayaran tahunan terjamin sebanyak 4% daripada Jumlah Diinsuranskan bermula dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya kepada anda. Bayaran ini yang dikenali sebagai Manfaat Hidup, yang boleh dikeluarkan ataupun dibiarkan terkumpul dengan pelan ini.
Bonus yang tidak dijamin
Anda akan juga menerima pembayaran bonus tahunan1 tambahan yang tidak dijamin di samping pembayaran tahunan terjamin anda!
Bayaran Tunai Sekali Gus Apabila Matang
Anda akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan SERTA jumlah bonus (dan Manfaat Hidup terkumpul, jika ada) apabila pelan PRUcash premier anda matang.
Tempoh pembayaran premium yang lebih pendek
Anda cuma perlu membayar premium selama 10 tahun sahaja untuk menikmati manfaatmanfaat PRUcash premier.
Perlindungan Kematian & Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD)
Sekiranya anda mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun atau meningal dunia pada bila-bila masa dalam tempoh polisi, anda atau orang tersayang akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan SERTA bonus (dan Manfaat Hidup terkumpul, jika ada).
Manfaat perlindungan tambahan
Anda mempunyai pilihan untuk melampirkan manfaat tambahan bagi mempertingkatkan perlindungan asas anda.
Mengenai PRUcash premier
1. Bagaimana produk ini berfungsi?
PRUcash premier dibahagi kepada 2 peringkat utama – Tempoh Pembayaran Premium dan Tempoh Pembayaran Manfaat.
Tempoh Pembayaran Premium
Sebelum anda bermula, pilih manfaat yang anda inginkan dan nilai jumlah diinsuranskan. Premium anda akan dikira berdasarkan pilihan perlindungan anda. Oleh sebab tempoh pembayaran premium bagi PRUcash premier ditetapkan selama 10 tahun, maka anda cuma perlu memilih tempoh polisi anda sama ada 15, 20 atau 30 tahun.
Tempoh Pembayaran Manfaat
Tempoh pembayaran manfaat anda bermula dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya, iaitu selepas tempoh pembayaran premium anda berakhir. Apabila polisi anda matang pada akhir tempoh pembayaran manfaat, anda akan menerima bayaran sekali gus yang dikenali sebagai Manfaat Kematangan.
2. Apakah bonus tidak dijamin yang diberikan?
Selain daripada menerima bayaran tunai tahunan yang terjamin, Prudential juga membenarkan anda berkongsi keuntungan Dana Hayat Sertaan dengan membayar Bonus Berbalik Mudah dan Bonus Terminal. Bonus ini diisytiharkan setiap tahun dan dibayar apabila berlaku kematian, TPD, kematangan polisi atau serahan polisi.
3. Apa yang akan dibayar?
4. Apakah manfaat tambahan yang ditawarkan?
Untuk melindungi anda daripada sebarang kemungkinan, kami menawarkan anda manfaat tambahan dengan pelan PRUcash premier anda. Anda boleh mempertingkatkan pelan anda dengan manfaat tambahan yang merangkumi insurans kemalangan, pengecualian premium hingga kepada insurans bertempoh.
5. Siapakah yang harus mendapatkan pelan ini?
Pelan ini amat sesuai untuk individu yang berumur di antara 1 – 60 tahun yang:
• Mahu membayar premium bagi tempoh yang terhad sahaja.
• Mahu menikmati pembayaran tahunan terjamin, di samping pelan yang memberikan perlindungan.
6. Berapakah jumlah premiumnya?
Premium tahunan minimum yang perlu dibayar bagi pelan asas ialah RM4,800. Walau bagaimanapun, kadar premium sebenar yang perlu dibayar boleh berubah bergantung kepada usia penyertaan, jantina dan status merokok. Premium boleh dibayar secara tahunan, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau setiap bulan melalui Autodebit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.
7. Apakah jenis pinjaman yang ada?
Terdapat pinjaman Polisi, pinjaman Premium Automatik dan pinjaman Yuran Pembedahan dan Kejururawatan (Tertakluk kepada terma dan syarat).
PRUcash premier dalam 3 Langkah Mudah
Langkah 1
Anda tentukan Jumlah Diinsuranskan dan tempoh polisi anda. Kami akan mengandaikan bahawa anda memilih Jumlah Diinsuranskan sebanyak RM100,000 dan tempoh polisi selama 30 tahun.
Langkah 2
Perancang kewangan Prudential anda yang mesra akan mengira jumlah premium yang perlu anda bayar setiap tahun berdasarkan umur, status merokok, tempoh polisi dan jumlah diinsuranskan anda. Dalam contoh ini, bagi lelaki bukan perokok yang berumur 35 tahun pada hari jadi berikutnya, premium tahunan ialah RM17,737. Anda perlu membayar premium untuk 10 tahun polisi, dan selepas itu pelaburan anda akan mula terkumpul.
Langkah 3
Jika diandaikan bahawa anda memilih Opsyen 3, mulai akhir tahun polisi ke-10 dan seterusnya, anda akan menerima
1) Pembayaran tunai terjamin sebanyak RM4,000 setahun, dan
2) Bonus Berbalik Mudah tidak dijamin sebanyak RM3,000 setahun.
Apabila polisi anda matang pada akhir tahun ke-30, anda mungkin akan menerima manfaat kematangan terunjur berjumlah RM380,325. Semua sekali, anda mungkin akan menerima sebanyak RM520,325# pada akhir tempoh polisi anda!
Terma dan Syarat:
1. Anda dinasihatkan supaya memastikan bahawa pelan ini paling menepati keperluan anda dan premium yang perlu dibayar adalah mengikut kemampuan anda.
2. Sekiranya anda tidak membayar premium seperti yang dijadualkan, maka jumlah nilai tunai yang ada akan digunakan untuk membayar premium melalui pinjaman Premium Automatik. Jika nilai tunai tersebut tidak mencukupi untuk membayar premium tertunggak atau pinjaman lain dengan syarikat, maka polisi anda akan luput.
3. Jika anda membatalkan polisi anda pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat memperolehi nilai penuh daripada jumlah yang telah anda bayar.
4. Jika polisi ini dikembalikan dalam tempoh percubaan selama 15 hari, premium penuh ditolak perbelanjaan perubatan akan dikembalikan.
5. Risalah ini adalah bagi tujuan penerangan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen polisi anda.
Berminat? Atau perlukan rundingan? Hubungi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment