Followers

Tuesday, December 30, 2008

PruBSN labur RM7j buka tujuh cawangan

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) akan membelanjakan kira-kira RM7 juta bagi menubuhkan tujuh cawangan baru dalam 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, dua cawangan pertama yang akan ditempatkan di Shah Alam dan Johor Bahru, dijadualkan memulakan operasi dalam suku pertama tahun depan.

"Lima cawangan lagi akan juga ditempatkan di ibu negeri. Penubuhan setiap cawangan baru ini menelan kos kira-kira sejuta ringgit," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2006 itu berhasrat memperkukuh kedudukannya di negara ini, kata Mohamad Salihuddin.

Pada masa ini, PruBSN mempunyai tiga pusat operasi di Kuala Lumpur, iaitu hab perkhidmatan berkongsi di Menara Yayasan Tun Razak, pusat pemasaran dan pentadbiran di Wangsa Maju dan ibu pejabatnya di Menara Prudential di Jalan Sultan Ismail.

PruBSN yang merupakan usaha sama milik 51:49 antara Bank Simpanan Nasional Bhd. dan Prudential itu, sehingga ini telah mengumpul caruman baru dan tetap berjumlah RM340 juta. Kira-kira 95 peratus produknya adalah dari segmen keluarga.

Meskipun baru menceburi perniagaan takaful dua tahun lalu, namun syarikat itu telah menguasai 35 agihan pasaran dari segi pertumbuhan perniagaan baru.

Mohamad Salihuddin mengaitkan pertumbuhan ini kepada pelbagai faktor, termasuk kakitangan dan ejennya yang dinamis.

"Kami berkembang dengan amat pesat. Daripada hanya 20 kakitangan, syarikat ini kini mempunyai 200 kakitangan dan kira-kira 9,000 ejen," katanya.

Daripada keseluruhan tenaga agensinya pada masa ini, 70 peratus adalah bukan Islam, dan ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat serta semakin pentingnya perniagaan takaful.

Pemegang polisi PruBSN berjumlah 190,000, dan daripada jumlah ini 34 peratus terdiri daripada bukan Islam.

Kata Mohamad Salihuddin, syarikat itu ingin mencetuskan kesedaran di kalangan orang ramai bahawa takaful bukanlah semata-mata untuk umat Islam.

"Ia untuk semua. Takaful adalah satu sistem, dan tiada kaitan dengan anutan agama," tegasnya.

Menurutnya pasaran takaful di Malaysia masih belum diterokai kerana kadar penembusannya hanyalah 8.0 peratus berbanding 40 peratus bagi produk insurans konvensional.

Mohamad Salihuddin berkata, syarikat itu juga merancang untuk memperkenal satu produk baru, iaitu PruBSN ASAS, dalam suku pertama tahun depan.

Kata beliau, PruBSN akan terus memberikan tumpuan kepada segmen takaful keluarga berikutan kejayaan produk TAKAFULINK yang menyediakan perlindungan dengan pautan kepada tiga dana, iaitu dana ekuiti, dana terurus dan dana bon.

PruBSN adalah pengusaha takaful pertama yang menawarkan kad perubatan kepada pelanggan.

- Bernama

Sumber
Utusan Malaysia Online

Sunday, December 14, 2008

Pelan perlindungan berbilang untuk penyakit kritikal (PMCC)


“ Pelan yang membolehkan saya bangkit semula selepas penyakit kritikal…berkali-kali! ”

Anda mahukan yang terbaik untuk diri anda dan orang tersayang. Ini bermakna merancang untuk masa depan. Ia juga bermakna merancang untuk menghadapi kejadian yang tidak diduga.

Penyakit kritikal berlaku lebih kerap daripada yang kita sedari tetapi mujurlah, ia tidaklah sentiasa membawa maut. Bahkan, disebabkan kemajuan dalam sains perubatan, kadar hidup bagi penyakit kritikal bertambah tinggi lebih-lebih lagi jika penyakit kritikal seperti penyakit jantung atau kanser dirawat pada peringkat awal. Namun rawatan bagi sesetengah penyakit boleh melibatkan tempoh pemulihan yang lama, di samping menanggung kerugian ekonomi dan beban kewangan ekoran peningkatan perbelanjaan perubatan yang selalunya boleh menghimpit anda seteruk penyakit itu sendiri. Jadi, adakah insurans yang anda ada sekarang memberi anda dan orang tersayang perlindungan yang secukupnya bagi penyakit kritikal, terutamanya jika ia berulang lagi.

Menyedari keperluan perlindungan yang dipertingkat dan ketenangan fikiran, kami kini memperkenalkan PRUmultiple crisis cover, pelan yang unik yang menyediakan anda tuntutan penyakit kritikal dan kanser berbilang, berserta perlindungan bagi kematian dan hilang upaya.

Biarlah kami sentiasa di sisi anda untuk membantu anda!



Risalah ini adalah bagi tujuan penerangan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen polisi anda.

Untuk bantuan peribadi, hubungi :-

Tuesday, December 2, 2008

Finally, the solution to major medical expenses

At last, we have found a better solution for our major hospital bills!

PRUmajor med 5 (PMM5) is a unique medical plan designed to relieve you of major hospital bills. With more comprehensive medical coverage, it provides you with:

- high life-time limit (10 x annual limit!)
- 24-hour Worldwide cover
- Free choice of hospitals and doctors
- Guaranteed renewal
- No restrictive surgical schedule

PMM5 is a major medical plan that is designed to reimburse major medical expenses incurred in the event of hospitalisation, occuring anytime before age 70. PMM5 can attach to a life insurance policy that you have taken up from Prudential. It is also available to your children.

Annual Limit and Lifetime limit.

PMM5 100
Annual Limit 50,000
Lifetime Limit 500,000

PMM5 150
Annual Limit 62,500
Lifetime Limit 625,000

PMM5 200
Annual Limit 75,000
Lifetime Limit 750,000

PMM5 300
Annual Limit 100,000
Lifetime Limit 1,000,000

PMM5 400
Annual Limit 150,000
Lifetime Limit 1,500,000

This is for illustrative purposes only. For futher terms and conditions please refer to the policy document.

Sign Up Now!!

For Personal assistance call :

Tuesday, November 25, 2008

"The final sprint & What is next?"

Salam,

8.00pm, November 26, 2008.
Our agency weekly business review have special guess. Our agency leader, Eimir has invited Robert Foo for sharing session. Rebert have been a sales person for 40 years and 27 years experience in selling Life Insurance with Prudential Assurance Malaysia Berhad. He also is a Life Member of the Million Dollar Round Table (MDRT). He also is a blogger and i always reading his blog Wisdom of Life and this evening i have a chance to see him face to face.

The 2 hours sharing session are really great. The title was, "The final sprint & What is next?" This sharing session help us to boost our sales, the final sprint before the year closes. He has share his experience in sales over 40 years with us, and he said mistakes is the best teacher for us because without mistakes we will never learn.Besides that he give us the formula in selling life insurance successfully and permanently, the formula is simple,...be the ideal man. It's just like searching a man or woman to fall in love with. What is the qualities or criteria that you want to find an ideal man @ woman, you can fall for. If you can be an ideal man @ woman to your couples or spouse, then you will be able to be an ideal agents to your prospect.

The 2 hours session are really inspire and motivate me, Roberts thanks for give us opportunity to share your life and sales experience. To Eimir (our agency leader) thank you for inviting Robert to our Weekly business review.

Wednesday, October 15, 2008

Saving: Prucash Premier



Simpanan maksimum, ganjaran maksimum

Bukankah elok menambahkan simpanan anda menjadi sejumlah wang yang banyak? Wang yang boleh anda gunakan untuk melabur untuk mencapai impian dan aspirasi anda, menyumbang dengan lumayan kepada dana persaraan anda ataupun membantu memberi anak-anak anda permulaan kewangan yang teguh dalam hidup mereka? Bagaimana kalau anda juga dapat menikmati pembayaran tunai tetap sebagai ganjaran kerana rajin menyimpan?

Memperkenalkan PRUcash premier – pelan yang memberi bayaran tunai sekali gus apabila matang dan pembayaran terjamin di antara tempoh tersebut. Dengan PRUcash premier, anda hanya perlu membayar premium untuk tempoh masa yang terhad bagi menikmati manfaat-manfaatnya. Inilah pelan yang dapat membantu memanfaatkan sepenuhnya simpanan anda, di samping memberi ganjaran kepada anda.

Manfaat

Pembayaran tunai tahunan yang TERJAMIN
PRUcash premier memberikan pembayaran tahunan terjamin sebanyak 4% daripada Jumlah Diinsuranskan bermula dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya kepada anda. Bayaran ini yang dikenali sebagai Manfaat Hidup, yang boleh dikeluarkan ataupun dibiarkan terkumpul dengan pelan ini.

Bonus yang tidak dijamin
Anda akan juga menerima pembayaran bonus tahunan1 tambahan yang tidak dijamin di samping pembayaran tahunan terjamin anda!

Bayaran Tunai Sekali Gus Apabila Matang

Anda akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan SERTA jumlah bonus (dan Manfaat Hidup terkumpul, jika ada) apabila pelan PRUcash premier anda matang.

Tempoh pembayaran premium yang lebih pendek

Anda cuma perlu membayar premium selama 10 tahun sahaja untuk menikmati manfaatmanfaat PRUcash premier.

Perlindungan Kematian & Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD)
Sekiranya anda mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun atau meningal dunia pada bila-bila masa dalam tempoh polisi, anda atau orang tersayang akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan SERTA bonus (dan Manfaat Hidup terkumpul, jika ada).

Manfaat perlindungan tambahan

Anda mempunyai pilihan untuk melampirkan manfaat tambahan bagi mempertingkatkan perlindungan asas anda.

Mengenai PRUcash premier

1. Bagaimana produk ini berfungsi?
PRUcash premier dibahagi kepada 2 peringkat utama – Tempoh Pembayaran Premium dan Tempoh Pembayaran Manfaat.

Tempoh Pembayaran Premium
Sebelum anda bermula, pilih manfaat yang anda inginkan dan nilai jumlah diinsuranskan. Premium anda akan dikira berdasarkan pilihan perlindungan anda. Oleh sebab tempoh pembayaran premium bagi PRUcash premier ditetapkan selama 10 tahun, maka anda cuma perlu memilih tempoh polisi anda sama ada 15, 20 atau 30 tahun.

Tempoh Pembayaran Manfaat
Tempoh pembayaran manfaat anda bermula dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya, iaitu selepas tempoh pembayaran premium anda berakhir. Apabila polisi anda matang pada akhir tempoh pembayaran manfaat, anda akan menerima bayaran sekali gus yang dikenali sebagai Manfaat Kematangan.

2. Apakah bonus tidak dijamin yang diberikan?

Selain daripada menerima bayaran tunai tahunan yang terjamin, Prudential juga membenarkan anda berkongsi keuntungan Dana Hayat Sertaan dengan membayar Bonus Berbalik Mudah dan Bonus Terminal. Bonus ini diisytiharkan setiap tahun dan dibayar apabila berlaku kematian, TPD, kematangan polisi atau serahan polisi.


3. Apa yang akan dibayar?


4. Apakah manfaat tambahan yang ditawarkan?

Untuk melindungi anda daripada sebarang kemungkinan, kami menawarkan anda manfaat tambahan dengan pelan PRUcash premier anda. Anda boleh mempertingkatkan pelan anda dengan manfaat tambahan yang merangkumi insurans kemalangan, pengecualian premium hingga kepada insurans bertempoh.


5. Siapakah yang harus mendapatkan pelan ini?
Pelan ini amat sesuai untuk individu yang berumur di antara 1 – 60 tahun yang:
• Mahu membayar premium bagi tempoh yang terhad sahaja.
• Mahu menikmati pembayaran tahunan terjamin, di samping pelan yang memberikan perlindungan.

6. Berapakah jumlah premiumnya?

Premium tahunan minimum yang perlu dibayar bagi pelan asas ialah RM4,800. Walau bagaimanapun, kadar premium sebenar yang perlu dibayar boleh berubah bergantung kepada usia penyertaan, jantina dan status merokok. Premium boleh dibayar secara tahunan, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau setiap bulan melalui Autodebit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.

7. Apakah jenis pinjaman yang ada?
Terdapat pinjaman Polisi, pinjaman Premium Automatik dan pinjaman Yuran Pembedahan dan Kejururawatan (Tertakluk kepada terma dan syarat).

PRUcash premier dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1
Anda tentukan Jumlah Diinsuranskan dan tempoh polisi anda. Kami akan mengandaikan bahawa anda memilih Jumlah Diinsuranskan sebanyak RM100,000 dan tempoh polisi selama 30 tahun.

Langkah 2
Perancang kewangan Prudential anda yang mesra akan mengira jumlah premium yang perlu anda bayar setiap tahun berdasarkan umur, status merokok, tempoh polisi dan jumlah diinsuranskan anda. Dalam contoh ini, bagi lelaki bukan perokok yang berumur 35 tahun pada hari jadi berikutnya, premium tahunan ialah RM17,737. Anda perlu membayar premium untuk 10 tahun polisi, dan selepas itu pelaburan anda akan mula terkumpul.

Langkah 3
Jika diandaikan bahawa anda memilih Opsyen 3, mulai akhir tahun polisi ke-10 dan seterusnya, anda akan menerima
1) Pembayaran tunai terjamin sebanyak RM4,000 setahun, dan
2) Bonus Berbalik Mudah tidak dijamin sebanyak RM3,000 setahun.
Apabila polisi anda matang pada akhir tahun ke-30, anda mungkin akan menerima manfaat kematangan terunjur berjumlah RM380,325. Semua sekali, anda mungkin akan menerima sebanyak RM520,325# pada akhir tempoh polisi anda!


Terma dan Syarat:

1. Anda dinasihatkan supaya memastikan bahawa pelan ini paling menepati keperluan anda dan premium yang perlu dibayar adalah mengikut kemampuan anda.
2. Sekiranya anda tidak membayar premium seperti yang dijadualkan, maka jumlah nilai tunai yang ada akan digunakan untuk membayar premium melalui pinjaman Premium Automatik. Jika nilai tunai tersebut tidak mencukupi untuk membayar premium tertunggak atau pinjaman lain dengan syarikat, maka polisi anda akan luput.
3. Jika anda membatalkan polisi anda pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat memperolehi nilai penuh daripada jumlah yang telah anda bayar.
4. Jika polisi ini dikembalikan dalam tempoh percubaan selama 15 hari, premium penuh ditolak perbelanjaan perubatan akan dikembalikan.
5. Risalah ini adalah bagi tujuan penerangan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen polisi anda.

Berminat? Atau perlukan rundingan? Hubungi...