Fakta
- 100 gram cendawan basah mempunyai kandungan air 89.2%, karbohidrat 4.1%, protein 3.6%, serat 1.8% & Lemak 0.7%
- Mengandungi protein, vitamin dan zat galian seperti kalium dan posforus yang penting untuk kesihatan badan.
- Hasil pertama boleh dituai selepas tiga bulan
- Harga sekilo cendawan mencecah RM8 sekilogram.
- Bongkah cendawan yang tidak mengeluarkan hasil boleh dijadikan baja kompos.
Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial.
Ciri-ciri penting penghasilan Ganoderma yang berkualiti tinggi
- Cuaca Yang Sesuai - persekitaran yang panas dan lembap, di mana suhu di antara 26oC hingga 27oC
- Air Yang Bersih - di mana pH kekal di antara 7 hingga 7.9.
- Udara Yang Segar - ladang ini terletak jauh daripada kawasan penginapan dan kawasan pencemaran untuk memastikan produk bebas daripada toksin
- Penanaman Organik - bahan-bahan semulajadi seperti sekam padi dan gentian kayu menggantikan penggunaan baja tradisional, racun serangga dan hormon. Kaedah ini membekalkan 200 elemen utama dan sampingan termasuk enzim, ko-enzim, asid amino, vitamin, karbohidrat dan elemen yang dapat memelihara kualiti, kuantiti, pertumbuhan tanaman dan berupaya menentang serangga perosak.
- Kaedah Pembiakan Tisu - satu juta keping Ganoderma dihasilkan daripada satu pucuk pokok ibu yang berkualiti tertinggi
- Kaedah "Suspension Arrangement" - digunakan untuk mengelakkan Ganoderma daripada menyerap kandungan-kandungan yang tidak diingini bagi memastikan pertumbuhan dan kualiti Ganoderma terjamin.
Ketika ini, ramai yang beranggapan proses menanam cendawan amat rumit, tetapi sebenarnya ia mudah serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip. Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu blok cendawan boleh dituai hasilnya sehingga enam kali dalam tempoh empat bulan. Tidak ada langsung bahan atau baja kimia digunakan di sepanjang proses penanaman cendawan menyebabkan cendawan sentiasa menjadi pilihan sbg Bahan Perubatan, Kosmetik, Barangan Keperluan Harian dan digunakan dalam masakan.
Sekian..jumpa lagi dlm coretan akan datang...
p/s : sape yg minat nak jadi penanam cendawan, kalau nak jadi pengusaha kecil modalnya RM 500.00 tapi kalau nak pendapatan sampingan anda memerlukan modal RM 5000.00 dan mampu memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 2000.00 sebulan. Insya Allah..
Maklumat tambahan dipetik dari Berita Harian Sabtu (28 April 2007)