Followers

Monday, January 19, 2009

Pengishtiharan Perang....

Salam rakan-rakan blogger sekalian,
Ni bukan peperangan dgn mana-mana negara, tetapi peperangan memerangi Denggi. Kementerian Kesihatan telah mengishtiharkan perang terhadap wabak denggi setelah wabak itu menyebabkan 8 kematian dalam tempoh 4 Januari 2009 - 17 Januari 2009. Dalam tempoh sesingkat ini, ramai telah menjadi mangsa.
Di bawah ni aku sertakan statistik Denggi dan Chikungunya bagi tahun 2008 dan 2009.



Sumber The Star Online

Jadi bersama-sama lah kita memerangi denggi.

p.s : Adakah rakan2 semua bersedia dgn kos perubatan? Kerana jika dijangkiti Denggi, perlu dimasukkan ke dalam wad dan memerlukan perbelanjaan yg boleh dikatakan tinggi. Jadi sediakan payung sebelum hujan.

Monday, January 12, 2009

Fikirkan sejenak....

Salam,
Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan Selamat menyambut Awal Muharam 1430h dan Tahun Baru 2009 pada semua rakan-rakan blogger sekalian. Kesibukan kerja awal tahun menyebabkan aku lewat meng "update" entry aku...Untuk permulaan tahun baru ni, aku just nak share sedikit bahan di bawah ni utk kita sama-sama fikir dan renungi bersama.....