Followers

Monday, February 9, 2009

Barah terus mengganas


Seorang bagi setiap empat rakyat Malaysia berisiko

BARAH terus menjadi penyebab utama kematian di seluruh dunia. Ketika dunia mengiktiraf 5 Februari sebagai Hari Barah Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi peringatan yang membimbangkan iaitu 84 juta orang akan menemui ajal akibat barah bagi tempoh 2005 hingga 2015.

Di Malaysia, seorang bagi setiap empat warga Malaysia berdepan risiko diserang barah. Persatuan Barah Kebangsaan meramalkan, menjelang tahun 2020, barah akan menyerang seorang daripada setiap tiga orang jika tiada sebarang tindakan diambil.

Lebih membimbangkan, barah yang kerap kali dikaitkan sebagai penyakit bawaan genetik, kini perlu dilihat sebagai ancaman kepada semua orang.

WHO melaporkan lebih 70 peratus kematian disebabkan barah berlaku di negara membangun dan negara berpendapatan rendah. Kebanyakan kematian dikaitkan dengan penggunaan tembakau yang merangkumi 1.5 juta kes setahun.

Kematian di seluruh dunia akibat barah dijangka meningkat hingga 45 peratus dari 2007 hingga 2030. Selain faktor urbanisasi yang mempengaruhi gaya hidup masyarakat dunia, peningkatan itu juga dikaitkan dengan peningkatan bilangan warga tua.

Ada pelbagai jenis barah namun barah paru-paru lebih banyak membunuh berbanding barah lain. Barah paru-paru pula berlaku di seluruh dunia dan trend ini dijangka berterusan selagi tiada usaha global yang bersungguh-sungguh bagi menangani ancamannya, termasuk industri tembakau.

Namun, selain barah paru-paru, penduduk negara membangun juga berdepan risiko barah prostat dan payu dara biarpun barah yang disifatkan pembunuh utama adalah barah hati, perut dan pangkal rahim.

Sebenarnya hampir 40 peratus kes barah boleh dicegah termasuk berhenti merokok atau menjauhi perokok. Barah yang dikesan pada peringkat awal juga mampu diatasi menerusi pembedahan serta rawatan radioterapi atau kemoterapi.

Kegagalan membendung peningkatan kes barah dikaitkan juga kegagalan mengawal kehidupan, misalnya merokok, tidak bersenam, tidak mengawal pemakanan, pencemaran udara, radiasi selain jangkitan seperti hepatitis B.

INFO: Faktor Risiko Barah

* Penggunaan tembakau - bertanggungjawab pada 1.8 juta kematian setiap tahun.
* Terlalu gemuk, obes dan tidak aktif secara fizikal - bertanggungjawab pada 274,000 kes kematian setiap tahun.
* Penggunaan alkohol berlebihan - menyebabkan 351,000 kematian setiap tahun.
* Jangkitan virus human papilloma melalui hubungan kelamin - menyebabkan 235,000 kematian setahun

Sumber : WHO

Salam para blogger sekalian,
Sudah selesai membaca artikel diatas? kalau sudah, tentunya ia 1 statistik yang menakutkan. 1:4 rakyat Malaysia, berisiko terhadap kanser. Jadi, cuba fikirkan, siapa antara kita yg boleh memberi jaminan yang kita tidak akan terdedah lepada risiko ini. Tentu sekali tidak ada seorang pun yang dapat menjamin bahawa mereka bebas dari risiko barah. Jadi adakah kita semua bersedia? Adakah sumber kewangan anda kukuh jika terpaksa menghadapi situasi ini? Kerana, seperti yg kita semua sedia maklum, kos perubatan terutama kanser memerlukan perbelanjaan yang besar. Jadi fikir-fikirkanlah... Dapatkan perlindungan (medical card, Takaful, simpanan) buat diri anda dan keluarga secepat mungkin. Rancang keperluan anda hari ini, kerana kita tidak tahu apa yg bakal berlaku esok.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

armouris said...

info tentang barah prostat kat sini - Barah Prostat - Lelaki Jangan Malu

Anonymous said...

hubungi Ust.Basri(019 2073 583)dan ust.Azahan(013 6658 698) untuk dapatkan penawar barah mustajab dengan penyediaan penawar secara tradisional. Tanpa memerlukan modal yang tinggi. wassalam