Followers

Sunday, February 22, 2009

We Are Number 1!!!!

Ungguli pasaran insurans hayat

PRUDENTIAL Assurance Malaysia Berhad (PAMB)
, mengumumkan kecemerlangan prestasi perniagaannya dengan menduduki tangga pertama pasaran insurans hayat Malaysia.

Dalam laporan perniagaan tahunan 2008, Prudential mencatat kesetaraan premium tahunan perniagaan baru atau NBAPE (Gabungan Jualan Insurans Hayat dan Sumbangan Takaful) RM659 juta bagi tahun kewangan 2008, meningkat 9.0 peratus berbanding 2007.

NBAPE adalah piawai umum bagi industri insurans hayat untuk melaporkan jualan perniagaan baru, merangkumi jualan premium tetap dan satu per sepuluh jualan insurans premium tunggal.

Mengulas prestasi berkenaan, Pengerusi PAMB dan Ketua Pegawai Insurans Prudential Corporation Asia, Tony Wilkey, berkata keputusan memberangsangkan itu mencerminkan kecemerlangan dan momentum berterusan perniagaan Prudential di Malaysia.

“Walaupun berada di pasaran penuh cabaran, Prudential masih kental kerana berjaya memperluaskan bahagian pasarannya demi meraih kedudukan nombor satu.

“Ini membuktikan kekuatan kakitangan dan ejen kami di seluruh negara, serta sokongan dan kepercayaan pelanggan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu lagi, pertumbuhan 2008 dijana usaha PAMB yang berterusan untuk mengubah syarikat itu yang beroperasi di Malaysia selama 84 tahun.

Antara usaha pengubahsuaian (transformasi) itu, termasuk mempergiat pembangunan Perancang Kewangan Prudential dan pasukan agensi, memperkenal produk baru yang inovatif seperti PRUretirement accumulator dan PRUmultiple crisis cover serta melancar kempen Wajah Yang Anda Percayai bagi mempertingkatkan komitmen jenama dan reputasi Prudential di mana ia menerima penghargaan Anugerah Readers’ Digest ‘Jenama Yang Paling Dipercayai’.

Program transformasi PAMB turut mengutamakan usaha berterusan menyediakan penyelesaian kewangan komprehensif bagi semua pelanggan, merangkumi insurans hayat, insurans am, takaful dan unit amanah.

“Kami akan meneruskan transformasi kami tahun ini untuk mengembangkan pasukan Perancang Kewangan Prudential, meningkatkan produktiviti agensi melalui teknologi canggih, melancarkan produk yang baru dan menarik, memperkuatkan komitmen jenama Prudential serta memperbaiki perkhidmatan pelanggan kami.

“Usaha ini bertujuan membantu rakyat Malaysia memenuhi keperluan simpanan,” katanya

Sumber
myMetro